top of page

Memahami Penyakit Tiroid

Kelenjar tiroid berfungsi mengawal metabolisme badan melalui rembesan hormon yang penting untuk tenaga dan fungsi organ. Gangguan pada kelenjar ini boleh menjejaskan kesihatan secara menyeluruh jika tidak dirawat dengan betul.

Gangguan Tiroid Yang Biasa:
  • Hipertiroidisme (Hormon Berlebihan)
  • Hipotiroidisme (Kurang Hormon)
  • Goiter (Bengkak Kelenjar)
  • Nodul Tiroid atau Kanser Tiroid

Tanda & Gejala

Kenali petanda awal gangguan tiroid untuk mendapatkan rawatan yang tepat dan segera daripada pakar kami.

Bengkak Leher

Kelenjar tiroid yang membesar atau terdapat benjolan yang ketara pada bahagian hadapan leher.

Perubahan Berat Badan

Penurunan atau kenaikan berat badan secara mendadak walaupun tiada perubahan pada tabiat makan.

Kelesuan Melampau

Sering berasa letih, kurang bertenaga, atau mengalami masalah gangguan tidur yang berpanjangan.

Degupan Jantung

Jantung berdegup laju (palpitasi) atau terlalu perlahan, sering disertai dengan perasaan cemas.

Diagnosis & Saringan

Langkah pertama dalam merawat penyakit tiroid adalah melalui saringan yang teliti. Pasukan perubatan kami menggunakan teknologi terkini untuk memastikan diagnosis yang tepat bagi setiap pesakit, memastikan pelan rawatan yang paling berkesan dapat dirancang mengikut keperluan individu anda.

  • Ultrasound Tiroid: Prosedur imbasan leher untuk melihat struktur kelenjar.
  • Biopsy Jarum Halus (FNA): Pengambilan sampel tisu kecil untuk mengecualikan kanser.
  • Ujian Darah Hormon (TSH, T3, T4): Mengukur tahap fungsi kelenjar tiroid anda.
  • Penilaian Klinikal Pakar: Pemeriksaan fizikal menyeluruh oleh Dr. Yuga.

Pilihan Rawatan & Pembedahan Tiroid

Kami menyediakan pendekatan menyeluruh untuk menguruskan masalah tiroid anda, bermula daripada pemantauan klinikal sehingga prosedur pembedahan yang tepat.

Rawatan Bukan Pembedahan

Bagi kes yang dikesan awal atau gangguan hormon yang stabil, rawatan perubatan sering menjadi pilihan utama.

  • Terapi Penggantian Hormon
  • Pemantauan Berkala (Active Surveillance)
  • Ubat Anti-Tiroid
  • Pembedahan Biopsi Jarum Halus (FNAC)

Pilihan Pembedahan

Sekiranya terdapat risiko kanser atau simptom fizikal yang mengganggu, pembedahan pakar akan disyorkan.

  • Tirodektomi Total (Pembuangan Penuh)
  • Hemitirodektomi (Pembuangan Separa)
  • Pembedahan Tiroid Minimal Invasif
  • Penjagaan Luka Pembedahan Estetik

Panduan Penjagaan Selepas Pembedahan Tiroid

Tahniah, prosedur anda telah selesai.

 

Kini, fokus utama anda adalah untuk berehat dan pulih dengan tenang.

Patuhi garis panduan berikut:

1) Ubat: Ambil ubat tahan sakit dan hormon mengikut jadual yang ditetapkan.

 

2) Penjagaan Luka: Pastikan kawasan pembedahan sentiasa kering dan bersih

 

3) Aktiviti: Mulakan berjalan santai tetapi elakkan mengangkat benda berat selama 2 minggu.

 

4) Susulan: Pastikan anda hadir ke janji temu susulan untuk pemantauan tahap hormon.

 

5) Segera ke hospital jika mengalami sesak nafas, suara serak mendadak, atau kebas di tangan dan bibir.

bottom of page